Khamis, 10 November 2011

Jangan kau bersedih jikalau kesedihanmu itu sia-sia..


Jangan kau biarkan air matamu jatuh hanya kerana seorang lelaki atau perempuan..
biarlah ianya jatuh oleh kerana ketakutanmu kepadaNya..
kerana tangisanmu itu tiada membawa makna..
hanya membawa dosa bersama aliran air mata..
ketahuilah aku disisimu sebagai sahabat..

Jangan kau biarkan air matamu jatuh hanya kerana kehilangan..
biarlah ianya jatuh kerana kesedaranmu kepada musibah yang melanda..
kerana Dia masih sayang kepadamu untuk menguji keimananmu..
jikalau kau berdukacita..
ketahuilah ianya kerana harta dunia..
yang tiada membawa ke mana..
ditinggalkan apabila pergi dari dunia yang fana..
ketahuilah aku disisimu sebagai penyandar..

Janganlah kau biarkan air matamu jatuh hanya kerana si dia curang..
biarlah ianya jatuh kerana kesetiaanmu kepadaNya..
manusia tiada sempurna..
kepadaNya kita mengadu..
melepaskan segala kesedihan yang terkandung di kalbu..
jikalau kau masih berdukacita..
hanya kerana si dia itu curang..
maka kau tenggelam di dalam dunia cinta palsu itu bermaharaja lela..
ketahuilah aku disisimu sebagai penghadang agar dirimu tidak jatuh..

Janganlah kau biarkan air matamu jatuh hanya kerana dibiarkan terkapai seorang diri olehnya..
biarlah ianya jatuh kerana kau bersyukur masih bernyawa yang dipinjamkan olehNya..
kerana Dia memberi kau peluang untuk bangkit dan perbaiki dirimu agar menjadi tabah..
agar kau menjadikan ia iktibar..
agar kau sentiasa berhati-hati dan berwaspada..
ketahuilah aku sentiasa memerhatimu dari jauh..
untuk menjaga dirimu..



Wahai sahabat, sedih hatiku melihat kau yang membiarkan air matamu jatuh hanya kerana yang sia-sia..
aku sedih kerana kau sering lalai terhadapNya..
bagai angin lalu diremang senja..
sedarilah wahai sahabat..
aku sentiasa ada bersamamu..
nukilanku ini untukmu sahabat..
maafkan aku kerana tidak menggunakan suara ku ini..
ketahuilah bahawa aku sudah tidak larat untuk membuka mulut..
hanya kerana dirimu..
 

Tiada ulasan: